Wednesday, May 6, 2009

Sebab Suami Mental

25 sebab suami jadi 'mental'!!

1. Memperkecil suami dihadapan orang lain antara sedar dan tidak
walaupun ianya benar ie. "hubby i tu kan kan..memancing ikan pun dia tak
tau.. bla bla bla "

2. Menganggu suami dengan menelefon dia terlampau selalu sangat dan
selalu dimasa yang salah. ie. "hello abang ada meeting ker tu, sorry la
cuma nak cakap..malam nih kita goreng taugeh dan tauhu cicah sos toamto
jer ..ok tak "

3. Terlalu suka mengalihkan barang sampai suami tak jumpa barang-barang yang disimpan beliau.. ie. "kita dah simpan gitar awak tu kat dalam stor, entah la atas palang mana satu.."

4. Mengambil muka surat atau bahagian tertentu dari surat khabar dan
menyusun surat khabar dengan cara yang amat salah..sampai tidak dijumpa
mana-mana seksyen yang hendak "bang, sport section tu ayang dah buat
bungkus buah papaya....dah mengkal merah dah"


5. Memotong mana-mana bahagian majalah dan juga suratkhabar atau apa-apa
bahagian dari mana-mana printed matter sampai berlubang sana sini dan
sisuami tak sempat baca/tengok " ie. eh kita suka la news pasal TV
plasma tu..kita dah potong simpan..."

6. Menyuruh suami agar membeli itu dan ini dalam perjalanan balik dari
opis sedangkan nak pergi pasar/supermarket cuma esok sahaja atau baru
semalam telah ke pasar. ie. "bang.. semalam kita tersinggah Gym, lupa
beli garam,gula beras dan susu budak kat TESCO sebagaimana dalam
list....boleh singgah tak mana mana ..pleaze "

7. Tidak memberi arahan/instruction yang jelas kepada suami bila
menyuruh dia membeli sesuatu dan kemudian memarahkan/menyalah kan suami.
ie. "saya kata beli susu cair dan ising gula, apsal awak beli susu dugro
dan gula getah ...kan lain tu"

8. Membuat temujanji dan aktiviti sosial tanpa mendapat persetujuan
suami terlebih dahulu ie. "i dah confirm malam Jumaat nih nak party
tupperware kat rumah cik minah,you tak ada program tahlil kat mana mana
kan ?? "

9. Mengubah barang, tempat buku atau tools atau apa-apa setting di PC
tanpa memberitahu suami. ie. "screensaver gambar gitar dengan you tu i dah tertukar jadi gambar saiful apek..."

10. Bercakap/bersembang di telefon dengan kawan-kawan sewaktu malam
selepas 10 pm bilamana nak beristirehat dan ber...ber... .ie. " pot pet
pot pet pot pet pot pet pot pet pot .."

11. Menjemput tetamu atau sesiapa sahaja datang kerumah tanpa izin
suami. ie. "malam nih i jemput lina dan anum datang dinner rumah sebab hubby
dia orang outstation, ok kan kan kan "

12. Berpakaian kusut masai dengan t-shirt terkoyak dan kain batik lusuh
dan rambut tak terurus serupa langsuyar dan muka tak bermekap serupa
mayat dirumah... tapi cukup segak dan cun bila nak keluar rumah. ie.
"..oh baju-baju cantik tu cuma untuk ke kenduri kawin dan dinner jer,
kat rumah pakai coli koyak pun dah cukup seksi kan bang .."

13. Mengambil masa yang cukup lama bila bersiap macam pengantin bila nak
keluar kemana-mana dan membuatkan suami tertunggu dan terus tertidur.
ie. " sorry la i tak tau baju kebaya mana yang paling jarang so kena pilih
betul betul .."

14. Dengan sengaja atau tidak sengaja terlupa menyuruh maid atau diri
sendiri membasuh atau mensterika baju atau seluar yang telah dipilih
untuk dipakai dihari berkenaan. ie. " eh baju tu masih berendam dalam
besen lagi..nak pakai jugak ke baju basah tu.."

15. Dengan sengaja atau tidak sengaja menyebelahi anak anak bila suami
sedang hot dengan budak budak tu..ie. "..eh biarlah budak budak tu pergi
ladies night, bukan nak tinggal rumah kawan dia tu seminggu.."

16. Tidak suka mandi dan bersiap awal pada hari cuti dan hanya bersiap
bila nak dekat asar sahaja. ie. "...nak mandi buat apa awal awal bukan
nak pergi jalan jalan mana pun.."

17. Suka melengah lengah kan masa bila nak bersolat berjemaah atau
beribadat dengan melencong ke dapur, bilik budak budak atau buat benda
benda lain. ie. "..awak solatlah dulu, saya nak abiskan rancangan Melodi
nih.."

18. Mengganggu suami yang sedang tengah tengok tv. ie. "pasukan hijau
kuning tu sampai mati tak akan dapatkan Kaka, mari tolong saya potong
ayam nih.."

19. Asyik bercerita tentang diri sendiri tanpa memberi peluang pada
suami untuk bercerita jugak. ie. " u tau tak kat opis tadi, i rasa nak
massacre client tu u tau tak.. then lagi, waktu balik tadi nasib baik
opis boy tahan I ..then lagi tak tak ...then today.. then tadi..u tau
tak...semalam u nak tau....bla bla bla bla."

20. Membebel dan berleter tak renti-renti tentang hal-hal yang amat
kecil dan di ulang tayang semula tiap tiap hari. ie. " i dah kata jangan
kasi budak budak tu prepaid, kan sekarang dah ...bill bla bla bergayut
bla bla bla bla...ini semua salah you"

21. Memfitnah dan menuduh suami tanpa usul periksa. ie. " eh cik
abang,awak nih ada affair ke apsal sms beep beep beep tak henti henti
nih...GRO universiti mana pulak awak nak nih..."

22. Menceritakan hal rumah tangga pada orang lain dan memburuk-burukkan
suami @ keturunan suami @ asal usul suami. ie. "..eee u tau tak hubby i
tu makan makanan petai jeruk.. eeeii peliknyer!!"

23. Dengan sengaja atau tidak, gagal memasak masakan yang suami nak
makan. ie. "..apsal u tak cakap tadi kata u nak makan gulai kari dan rojak
pasembor...i dah masak pai daging dan spaghetti kambing .."

24. Meminjamkan harta-benda suami pada orang lain tanpa kebenaran.
ie."..orang sebelah rumah datang tadi nak pinjam gitar u, sebab dia nak main kat tembok.."

DAN AKHIR SEKALI

25. Sengaja melengahkan untuk masuk tidur tanpa sebab-sebab yang
munasabah di malam Jumaat. ie. "..you tidurlah dulu, i nak habiskan
tengok drama 'intan' nih dulu then nak masak nasi lemak siap siap untuk
breakfast dan nak masukkan pakain dalam laundry then kemudian nak kacau
dodol....."

No comments: